UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (2025)

[PEMAKLUMAN] Permohonan UPUOnline & Tarikh Penting Sesi 2025/2026

Peperiksaan besar telahpun berjaya diharungi, kini masanya untuk para pelajar membuat semakan dan rayuan UPUonline, jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Andalah pewaris nusa bangsa dalam melakar masa depan negara yang lebih utuh dan gemilang.

Rujuk cara semakan dan permohonan UPU di bawah.

KENYATAAN MEDIA

PERMOHONAN UPUONLINE BAGI KEMASUKAN KE IPTA DAN MARA BPT SESI AKADEMIK 2025/2026

1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua (2) institusi daripada MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui UPUOnline® akan dibuka mulai 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025 bagi permohonan Fasa Pertama dan pada 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025 bagi permohonan Fasa Kedua.

2. Permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka pada permohonan Fasa Kedua.

Trending sekarang

20+ Tempat menarik di Kota Bharu 2025 – Jom Bercuti di Kelantan!

3. Pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 9 Februari 2025 sebelum mengemukakan permohonan. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

4. Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT seluruh negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (1)

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel:[emailprotected]
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBKPA

Kementerian Pendidikan Tinggi
7 FEBRUARI 2025

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (2)
UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (3)
UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (4)

[PEMAKLUMAN] PEMBUKAAN PERMOHONAN UPUOnlineUPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (5) BAGI KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA) & MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT) BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026

  • FASA 1 : Lepasan SPM & STPM/Setaraf
    • 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
  • FASA 2 : Program Pengajian yang tidak bertemu duga & atau ujian
    • 14 April 2025 – 18 Mei 2025

PEMBELIAN NOMBOR PIN UPUOnlineUPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (6) MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) :

  • 9 Februari 2025
  • 350 Kaunter Cawangan
  • 700 mesin ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN

Jangan lepaskan peluang untuk merebut 350 program yang disediakan untuk lepasan SPM manakala 1,131 program ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT.

Trending sekarang

Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini

Pautan Kenyataan Media : https://www.mohe.gov.my/…/kenyataan-media-permohonan…

Kategori Pemohon UPUOnline

Kategori pemohon UPU bagi sesi kemasukan 2025/2026 melibatkan kategori berikut:

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (7)
  • KATEGORI PEMOHON LEPASAN SPM – Sijil / Asasi. Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)
    • Kategori A : SPM 2024 (Tahun Semasa)
    • Kategori B: SPM 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa)
  • KATEGORI PEMOHON LEPASAN STPM / SETARAF – Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA)
    • 01 : STPM 2024
      • Kategori A – Aliran Sastera
      • Kategori S – Aliran Sains
    • 02 – Matrikulasi / Asasi
      • Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM & Asasi UiTM
      • Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
      • Kategori U – Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM
      • Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
      • Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
      • Kategori J – Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM
      • Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial UM
      • Kategori V – Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik
    • 03 : STAM 2024/2023
      • Kategori T
    • 04 : Diploma / Setaraf
      • Kategori E – Kelayakan Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma
      • Kategori F – Kelayakan setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM*, Matrikulasi*, STAM*, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (*Bukan tahun semasa)
      • Kategori G – Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti
UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (8)

Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2025/2026

Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline sesi 2025/2026:

CALON LEPASAN SPM

Trending sekarang

Bagi pelajar lepasan SPM, tempoh permohonan UPUOnline sesi 2025/2026 terdapat dalam 2 fasa berikut:

  • FASA 1 : 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
  • FASA 2 : 14 April 2025 – 16 Mei 2025
    • Sila ambil maklum bahawa pada fasa permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian.

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2025 – LEPASAN SPM

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (9)
UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (10)

CALON LEPASAN STPM

Bagi pelajar lepasan STPM, tempoh permohonan UPUOnline sesi 2025/2026 terdapat dalam 2 fasa berikut:

  • FASA 1 : 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
  • FASA 2 : 14 April 2025 – 16 Mei 2025
    • Sila ambil maklum bahawa pada fasa permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian.

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2025 – LEPASAN STPM / SETARAF

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (11)
UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (12)

Calon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali yang telah dipangil temu duga atau ujian.

Namun pada fasa permohonan kedua dan kemaskini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga dan / atau ujian.

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (13)

SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY

Pautan & Cara Permohonan UPUOnline

Permohonan UPUOnline boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (14)

Tarikh & Cara Semakan Keputusan

HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE ® LEPASAN STPM SESI AKADEMIK 2025/2026

Keputusan permohonan boleh disemak mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam takwim, iaitu :

  • Lepasan SPM – Minggu ketiga Jun 2025
  • Lepasan STPM – Minggu pertama September 2025

Walau bagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan oleh KPT dalam masa yang terdekat.

Semak di url:
i. https://jpt.utm.my
ii. https://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. https://jpt.ums.edu.my
v. https://jpt.umt.edu.my

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di atas.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON YANG BERJAYA mendapat tawaran.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [emailprotected]
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPU melalui:-

Semakan UPUOnline Melalui Aplikasi UPU Pocket

Selain membuat semakan UPUonline melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Baca juga : iBita: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (15)

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

  • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
  • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

Maklumat Lanjut Berkaitan Permohonan UPUOnline 2025/2026

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (16)

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Baca juga :

UPUOnline - Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM (2025)
Top Articles
Latest Posts
Recommended Articles
Article information

Author: Van Hayes

Last Updated:

Views: 5941

Rating: 4.6 / 5 (46 voted)

Reviews: 85% of readers found this page helpful

Author information

Name: Van Hayes

Birthday: 1994-06-07

Address: 2004 Kling Rapid, New Destiny, MT 64658-2367

Phone: +512425013758

Job: National Farming Director

Hobby: Reading, Polo, Genealogy, amateur radio, Scouting, Stand-up comedy, Cryptography

Introduction: My name is Van Hayes, I am a thankful, friendly, smiling, calm, powerful, fine, enthusiastic person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.